Wednesday, December 9, 2009

SMK Luar Bandar Miri tetap di hati

Ungkapan motto "Ilmu Gemala Sakti" merupakan ungkapan keramat menjadikan sekolah ini semakin hari semakin dikenali oleh banyak pihak dan orang ramai. Bukan kerana kesaktian yang ada pada sekolah ini tetapi kesaktian kepada guru-guru dan para pelajar yang membolehkan sekolah ini terus gah di mata semua orang yang memandangnya dan mengenalinya. Orang yang pertama kali mendengar nama ini pasti ingin mengetahui di sebalik nama ini. Jarak lebih kurang 50km dari bandar Miri tidak menghalang para pelajar di sini terus cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulumnya. Sekolah ini pastinya menggamit kenangan setiap guru dan pelajar yang meninggalkannya. Bersambung.....

Tuesday, December 8, 2009

Erti Pengorbanan

Bulan Zulhijjah tinggal beberapa hari lagi dalam kalendar 1430 hijrah ini. Tahun baru hijrah akan tiba tidak lama lagi. Perkara yang utama yang perlu dilihat ialah sejauhmana pengertian pengorbanan di bulan Zulhijjah ini dapat kita laksanakan dalam kehidupan kita. Adakah pengertian pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dapat kita hayati dalam kehidupan kita seharian. Mungkinkah ia menjadi satu titik tolak pengorbanan dalam kehidupan kita. Sejauhmanakah pengorbanan ini menjadi salah satu pendidikan kepada kita dalam membawa perubahan dalam diri kita sesuai dengan bulan penghijrahan umat Islam di dalam bulan Muharam yang akan menjelma tidak lagi. Moga impian dan harapan tahun 1430 hijrah yang akan pergi ini kita teruskan dan perbaiki dalam tahun 1431 hijrah yang datang ini. Buatlah terbaik dalam kehidupan kita dan biarlah diri kita berkorban apa sahaja untuk orang lain dan perjuangan kita walau diri kita turut sama terkorban. Wassalam.

Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri Bersama Keluarga






Inilah sebahagian daripada keluarga saya yang sempat dirakamkan sepanjang Aidilfitri 2009. Adik beradik seramai 10 orang semuanya balik kecuali abang kedua yang pulang beraya di rumah mertuanya di Kedah. Hari raya cukup bermakna dengan kasih sayang yang wujud dalam keluarga. Walau masing-masing sibuk dengan urusan tetapi Aildilfitri inilah yang mengeratkan kasih sayang dan kukuhnya hubungan silaturahim antara adik beradik dan keluarga lain.

Sajak Nukilan - Shahrilkelantani


Sajak “Istana Kota Tasbih” Nukilan : Shahrilkelantani


Apakah dengan tangan ini

Dapat ku merungkai hati ini

Ku menyelinap seluruh ruang kamar suci

Mencari kehidupan yang kekal abadi

Dalam mengenal erti kebahagiaan hati

Yang selama ini banyak dicalari

Dengan noktah hitam tercalit dalam diri.

Namun,

tangan yang tergenggam erat

mencari sebuah kota yang hakiki hampir kutemui

tetapi,

adakah ia cukup sekadar ku menghitung dengan tangan ini

tanpa hati ini sentiasa mengingatiMu

sentiasa mencariMu

Sedarlah

Jangan biarkan kota ini

dibanjiri dengan noda dan titik hitam

yang sering menghantui manusia

tanpa mengira sesiapapun jua

pasti mengharungi liku duka ini

Yang pasti

biarlah istana kota tasbih ini

berdiri megah dengan keimanan dan kekuatan hati

mengadap Yang Maha Kuasa

agar ia terus subur kembali

terus kekal abadi.

Sajak ini ditulis bagi memberi muhasabah kepada diri kita sejauhmana diri kita mengingati kekuasaan dan kebesaran Ilahi.

Thursday, September 24, 2009

Ahlan Wasahlan


Assalamualaikum w.b.r.t

Selamat datang ke blog shahrilkelantani buat kali pertama. Moga anda mendapat manfaat daripada input, maklumat dan perkongsian daripada blog ini.
Sebarang komen dan pandangan boleh kemukakan dalam blog ini.
Sekian, Wassalam.