Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri Bersama Keluarga






Inilah sebahagian daripada keluarga saya yang sempat dirakamkan sepanjang Aidilfitri 2009. Adik beradik seramai 10 orang semuanya balik kecuali abang kedua yang pulang beraya di rumah mertuanya di Kedah. Hari raya cukup bermakna dengan kasih sayang yang wujud dalam keluarga. Walau masing-masing sibuk dengan urusan tetapi Aildilfitri inilah yang mengeratkan kasih sayang dan kukuhnya hubungan silaturahim antara adik beradik dan keluarga lain.

Sajak Nukilan - Shahrilkelantani


Sajak “Istana Kota Tasbih” Nukilan : Shahrilkelantani


Apakah dengan tangan ini

Dapat ku merungkai hati ini

Ku menyelinap seluruh ruang kamar suci

Mencari kehidupan yang kekal abadi

Dalam mengenal erti kebahagiaan hati

Yang selama ini banyak dicalari

Dengan noktah hitam tercalit dalam diri.

Namun,

tangan yang tergenggam erat

mencari sebuah kota yang hakiki hampir kutemui

tetapi,

adakah ia cukup sekadar ku menghitung dengan tangan ini

tanpa hati ini sentiasa mengingatiMu

sentiasa mencariMu

Sedarlah

Jangan biarkan kota ini

dibanjiri dengan noda dan titik hitam

yang sering menghantui manusia

tanpa mengira sesiapapun jua

pasti mengharungi liku duka ini

Yang pasti

biarlah istana kota tasbih ini

berdiri megah dengan keimanan dan kekuatan hati

mengadap Yang Maha Kuasa

agar ia terus subur kembali

terus kekal abadi.

Sajak ini ditulis bagi memberi muhasabah kepada diri kita sejauhmana diri kita mengingati kekuasaan dan kebesaran Ilahi.

Thursday, September 24, 2009

Ahlan Wasahlan


Assalamualaikum w.b.r.t

Selamat datang ke blog shahrilkelantani buat kali pertama. Moga anda mendapat manfaat daripada input, maklumat dan perkongsian daripada blog ini.
Sebarang komen dan pandangan boleh kemukakan dalam blog ini.
Sekian, Wassalam.